Friday, June 05, 2015

One year

Harini dah 5 Jun.
Aku pun lupa bila aku masuk keje tempat skang, 4 Jun ke 5 Jun, tapi dingdongdingdong setahun dah.
Dulu ingat keje kejap je, 6 bulan nak blah.
But I'm still here.

Aku started keje UM dekad lepas pun mulanya sebagai staf sementara.
Lepas grad dok berkebun anggur dengan odd jobs bagai, aku dapat peluang keje opis akhirnya.
Aku mula2 masuk aku dah suka tempat ni, sebab internet laju huhi (my first thought back then mcm woh buleh download anime)
Dapat pulak member2 yg ngam, dan keje yg aku suka (design).
Gaji masa tu sikit lah, dalam seribu lebeh je, tu pon slalu dpt lambat, dan dapat cheque je, so aku kene bank in tunggu 3 hari baru masuk.
Penah sekali tahun bila tah raya, kitorg bertiga tak dapat gaji 3 bulan.
Tapi masa tu hepi je pon tak serabut.
Management nak naikkan kitorg jadi pegawai tadbir, atas usaha beberapa orang (takkan lupakan jasa baik depa ni), kitorg bertiga dpt la jawatan Pegawai Tadbir N41 (Kontrak)
Masa dapat surat tu, org yg kirim surat siap ckp tahniah.
Hepi kot, sebab masa tu harapan mencanak buleh la akhirnya ikut jejak abah keje gomen.
Dapat gaji on time dapat cuti, dapat mc dpt klinik panel dan keistimewaan lain.
Tapi bila naik pangkat, keje pon bertambah2.
Masa tu la mula merasa pressure atas tanggungjawab yg depa bagi.
Tak lama lepas tu, aku mula merasa ada assistant sendiri, mula2 sorang je.
Senang nak handle.
Keje makin banyak.
Balik makin lambat.
Aku kene travel sana sini, jaga pameran, 3-4 kali gi oversea.
Mmg nampak best kan dapat travel dok hotel 4-5 bintang, makan free, tapi stress agak mengganggu juga
Meeting tak berhenti, almost everyday.
How aku nak buat keje aku kalo kene meeting sana sini?
Since aku ditunjuk ajar dididik dari mula as staf balaci, aku masih terbiasa buat keje hands-on, tak macam ada sesetengah pegawai yang pandai ckp pandai organize pandai bagi idea tapi keje semua suruh staf yang buat.
No, tu bukan cara aku.
Tapi the money's good.
Lagi2 zaman Pak Lah dengan masa mula2 Najib naik dapat kenaikan gaji sampai brapa tingkat tu.
So buleh imagine la gaji aku berapa kan.
Walaupun tanggungjawab byk tolong family dari segi duik, aku still mampu nak shopping Sephora dua tiga bulan sekali.
The perks were reasonable.
But then again aku tak tahan, aku resign bila finally dpt offer lain.
Masa interview, aku dijanjikan mcm2, so I accepted.
Even aku demand gaji lagi tinggi pun depa bagi
Buta mata sebab tengok figure dalam surat tawaran kan.
Dan keje pulak tak serabut mcm kat UM ni.
Tapi bila keje tak serabut, orang-orang pulak yang menyerabutkan.
Janji dicapati.
Blablabla.
Aku malas nak ingat balik pun tempat tu puii.

After lengthy discussion with my husband and my late father, aku decided nak resign.
Kene ingat eh, masa tu aku baru menikah.
How can my husband supports us?
Memang aku kene let go byk mende.
Tade nak travel tade nak dok hotel tade dah diraikan ala VIP tade sapa nak panggil aku Puan, Cik, tade claim sana sini tade dapat extra income dengan ceramah.
Dah tade.
Duik pun tade.
Sephora Mark & Spencer Dorothy Perkins nekad mengucapkan babai.
Aku pon nekad nak dok umah jadi surirumah, and jaga abah yang dok slalu sakit.

But then again aku dapat offer skang ni.
Gaji kecik woi.
Dah la seblah bangunan je tempat lama aku dulu.
Berdekatan dengan la dengan former colleagues, staf2 lama yang dok panggil aku Cik.
Mungkin ada sesetengah org yg ego and proud, takkan jejak kaki dah tempat lama dgn pangkat jauh lebeh rendah.
Malu kot.
Skang ni aku level lagi bawah taraf staf kerani yg keje dgn aku dulu.
Did I give a fuck?
Well no.

What can I say is, duik is penting but duik tak membuatkan seseorang happy.
Duik adelah perangkap lifestyle you're currently in.
Aku byk downgrade lifestyle aku sejak2 jatuh misken ni.
Aku gi keje pakai seliper je, kasut last aku beli yg RM10 kat Giant tu pon dok tesimpan bawah meja opis.
Baju keje pon dok gigih pakai yg lama
Sampai yang koyak aku tampal aku gam.
Aku ni dah nobody, and nobody needs me anymore. Aku tade nak pi meeting2, tade dah nak jumpa2 orang, jumpa client, jumpa student, jumpa VIP, bagi ceramah, jadi mc.
Aku skang dok terperuk kat my little corner buat keje ngadap pc sampai sakit muntut sakit pala sakit pinggang.
Aku tade serabut pikir keje dah balik umah.
Yg aku serabut cuma dok pikir deadline yg bos aku bagi.
Aku buleh balik keje on the dot kul 5 petang.
Wiken aku tayah datang dah, baik dok umah mengemas.

Life's good when most of the money's gone.

Bila income ko sekian sekian banyak ni, ko akan ada what you call a commitment.
Tapi aku rasa some of the so-called commitment tu hanyalah lifestyle je.
Contoh ko dah biasa makan kat sekian2 tempat mcm kedai mamak, bila gaji naik, tempat tu upgrade kat Serai ke, adetak terpikir bila income tu kurang ko nak kembali makan kedai mamak? Maybe.
Or ko dah biasa bawak family time cuti skolah holiday sekian2 tempat.
You called that commitment.
Berani tak downgrade mcm aku and then tak bawak bebudak pi bercuti dah because you can't aford it anymore?
Berani tak move from your comfort zone?
Ada yg sanggup ada yang tak.

Bagi aku life is short.
Ajal tak tahu bila nak sampai.
Make your life the most of it.
Takkan aku nak keje sampai malam, wiken pon keje, tinggal laki gi travel segala sebab nak kekalkan that RM5k ko dpt tiap2 bulan kan.
For what?
Baik aku gaji 2K, tapi aku byk masa dok umah belajar masak mengemas main dengan kucing.
Mmg la takkan dpt nak pi holiday ke honeymoon ke dengan laki aku.

Tapi it's not like I'm satisfied dengan duik yg ada and tamau la nak tambah pendapatan untuk masa depan.
I have my plans, tapi aku tamau jadi slave for money dah.
Btw aku dengan laki aku layak dapat BR1M okeh
Bila pikir sangat fani
Dulu dapat surat LHDN nak mintak potong incometax, skang dapat BR1M okeh.

Kehidupan ni berpusing2.
What can I say is Alhamdulillah, kami masih makan sedap2

No comments: