Sunday, February 15, 2015

Abah Part 2

From Abah Part 1

Ekceli mebi cara aku cite ni ada seten org buleh interpret yg aku disrespect dgn arwah.
Tapi ni aku cite dgn cara aku setulus sejujur-jujurnya dari hati.
So sapa2 rasa tak best aku mintak jgn la judge aku.
Kalo nak judge aku pon keep your feelings to yourself.
Ambil yg baik dan jangan ikut pangai yang huduh.

Sambungan lah.

So kitorang ready nak bawak abah gi hospital.
Pada masa yg sama aku call laki aku, tak angkat. sibuk kot dia.
Aku wasap je siap amek send gamba abah (so ekceli aku ada gamba abah terakhir time dia tgh nyawa2 ikan)
Time tu jugak aku terpikir nak gi hospital sempat ke nak harung jem segala time budak masuk skolah ni.
Mau 45 menet baru nak sampai.
Kalo la aku ada siren kan besh.
Adik aku sibuk dok angkut abah masuk dlm kete aku.
Tapi masa nak angkut tu bekalan oksigen terputus la sebab nak tukar dari oksigen dlm umah ke tangki portable tu.
Masa dah masuk dalam kete, cepat2 nak sambung oksigen.
Tetiba tangki yang aku cek sehari sebelum tu malfunction pulak.
On je kuar air je.
Memang shit lah aku mencarut2.
Last2 adik aku angkut abah masuk dalam umah balik. Abah sangat ringan ok, adik aku angkat dengan sebelah tangan sahajaa.. ok aku tipu. Dua2 belah tangan tapi senang nak angkat.
Tengah dok kelam kabut usung mesin oksigen dalam umah tu, mak aku yang kepanikan tertarik apekebende ntah, pastu mende tu patah pulak! Nak sambung kene pakai gam mmg time tu kelam kabut mmg pala hotak taleh nak pikir apa. So oksigen mmg tak buleh kuar dari mesin!
Aku dengan adik aku tak panik, mak aku panik nak mampos.
Dia cuma mampu pelok abah aku je yg mmg tak sedar diri dah atas sofa.
Muka abah dah biru dah.
Aku call je la ambulans, masa tu abah dah terputus bekalan oksigen 15 menet dah kot.
Gilenye.
Aku call 999, depa nak verify segala ape jadah pulak.
Sambung ke Hospital Selayang, aku sembang dengan mamat tu nak dekat 5 menet, siap dia tanya umah aku kat mana kene bagi direction semua bagai. WTF kan. Siap tanya no fon aku!
Eh efisyennye sistem kecemasan negara kita ni.
So mamat hospital tu arahkan aku tunggu tepi jalan nanti nampak ambulans tunjuk umah kat mana.
So fani kan.
Masa ni aku tingat arwah Fazi member aku yg citenye tunggu 3 ambulans tak sampai2, last meninggal en-route.
Taleh nak salahkan ambulans. Malaikat maut bukan buleh pospon schedule dia.
Masa aku tgh tunggu ambulans tu dalam 7.30++ aku dah rasa lain dah, mcm abah dah tak survive, tapi tunggu je la kan.
Nak dekat setengah jam tunggu baru nampak ambulan nun di sana.
Aku melambai la tahan ambulans mcm minah senget tepi jalan. Kete moto lalu lalang siap teleng tengok aku apekejadah la minah ni tahan ambulans mcm tahan bas.
Aku direct pi umah aku, aku masuk dalam, aku tengok mak dah baringkan abah dah, cakap kat aku abah dah tade. Pulse indicator mmg tade apa dah (kitorg ada satu alat apetah tu yg buleh check pulse dgn oxygen level).
Darah aku berderau zappp naik ke kepala.
Adik aku tgh sibuk lagi dok repair kepala mesin oksigen yg patah tu. Membazir selotep je.
Bebudak ambulans tu masuk dalam je tengok abah rasanya depa dah tahu sebab depa dah bertindak slow dah pastu. Ambik mesin apetah dalam ambulans untuk check pulse.
Bunyik tiiiittt panjang.
Ala mcm dalam drama tv tu.
So sorg budak tu cakap kat aku, puan, ayah dah tade. Saya catit masa pukul 8.10 pagi ye.
Aku angguk je.
Pastu dia kata, pasni gi balai buat repot, bawak ic abah.
Aku ok kan je. Siap tanya kene bayar ke ambulans dtg ni dik? Bodonye soklan.
Masa tu laki aku sampai.
Aku cakap abah dah tade. Muka laki aku berubah.
Aku cakap jom pi balai buat repot.

Sebelum tu aku pi kat abah, aku cium dahi dia sebab aku tau pasni dia kene tutup dgn kain dah segala.
Tade nak nanges pon ekceli.
Muka abah mcm tengah tido.
Selama ni abah sakit aku dah biasa teman abah tido kat bawah biasa tengok muka tido dia camne.
Mulut nganga sikit.
Tapi tade urat tensyen kat pala dia yg slalu timbul tu dah.
Muka dah tak biru, tapi pucat la.
Hangat lagi muka dengan tangan dia.
Aku mcm cakap babai kot sebab lepas ni tengok muka dia pon dah depan sanak sedara segala.

Lepas tu aku amek ic abah dengan fon abah terus pi balai.
Kat balai tu laki aku buat repot, aku terus call adik aku yg dok Cyber tu.
Try call kawan abah yg terdekat dengan makcik2 aku.
Adik aku je angkat fon, otw datang.

Aku balik umah tengok jiran2 ramai dah datang.
Abah dah depa angkut letak atas katil bertutup dah segala.
Aku naik atas je pakai tudung terus baca yassin.
Nak baca kat bawah org dah mula ramai.
Aku masih cool lagi tade nanges ape.
Mak aku sikit2 emo, so aku tamau dok dekat dia sgt kang jangkit.
Aku dok tunggu partner in crime aku je (adik aku la) dengan abang aku so aku buleh citer kat depa adventure pagi tadi.

Seterusnya adventure aku sambung lenkali la.
Esok keje setelah bercuti seminggu.

No comments: