Tuesday, February 24, 2015

Abah Part 3

Sambungangg
Abah Part 2
Abah Part 1

Ni last la tade drama sgt.


Adik aku sampai, dia pun cool je.
Knowing her, dia ni ego nak mampos kalo nak emo depan2 org.
Hati batu la kunun.

Aku ajak dia turun lepak seblah abah, nak baca yassin taleh kosentret kot.
Kang tajwid salah ke berteraburan ke.
Orang ramai, makcik2 semua sembang kat dapo
Aku pasang tlinga menyibuk kan, dengar2 cite pasal BRIM la politik la pasar borong la.
Aku bukak lagi tengok abah, tengok abah mcm tido je, tapi kali ni tade bunyi dengkuran la tapi.
Tade rupa scary pun.
Abang aku datang lepak dengan kitorg, siap buat lawak kan ckp abah lega dah tade dah tensyen2 tak tentu pasal.
Org mesti pelek kan nape la anak2 dia ni rilek je lepak siap gelak2 lagi.
Org lain mau drama kot.
Aku dah kata kan family aku pelek sikit. Abnormal.
I had the feeling abah pon mesti memahami punye lah.
Pastu bila mak aku mula datang pastu nak emo2, kitorg lari nek atas balik, bertuahnye anak2.
Baca seround lagi yassin, pastu sembang2 la.
Aku cite la adventure kejadian pagi tadi.
Abang aku rilek je, mesti dok pikir nak buat apa.
Sambil2 tu dia dok call2 org, inform la pasal abah segala.
Adik bongsu aku hilang memula kunun pi urus pengebumian kat masjid, ah mesti melencong jugak kot.
Lepak kat atas lama2 boring, sebab nak tunggu van jenazah datang lepas zohor.
Ada la mesej kat fon aku dari sape2 yg terdapat tahu Tenkiu.
Tengahari, laki aku call ajak balik umah mandi2 siap2 dulu
Panas gila kot.
Umah aku dah pack.
So aku balik umah aku, Eh. Umah aku dengan laki aku duduk la, yg terletak kira2 5 menet dari situ kalo tak jem, 15-20 menet kalo jem.
Lepas balik semula, aku masuk ikut pintu belakang, punya la ramai sedara2 dah sampai. Tengok2 Kema dgn Baya pon dah ada.
Bagusnya la mereka sanggup menyibuk.

Dalam lepas zohor, pi kat masjid.
Masa tu baru maktok sampai dari Langkawi nak tengok anak dia.
Masa mandi abah tu, kitorg anak2 kene la jirus skali tatau la apsal tapi aku menurut perintah je la.
Memula scary la takot nampak abah ke, tapi abah bertutup.
Pastu masa nak kapan tu, aku tak pi dah tengok.
Depa panggil2 suruh tengok kali terakhir.
Ish tamau la.
Bia la muka abah tengah baring atas katil dalam keadaan normal seperti tido tu yg terpahat dalam ingatan.

Lepas Asar dengan solat jenazah, mula pi nak simpan.
Dekat je nak simpan.
Alhamdulillah.
Masa tanam tu aku tengok dekat2.
Oh sangat la scary.
Kesian abah sorang2 mlm tu.
Mak aku banjir lagi
Haih. That's why pompuan tak digalakkan pi kubur.
Tak elok la banjir2 ni. Kesian mayat.

Bila dah selesai, aku mcm jadi letih giiiiilaaaaaaa.
Mcm badan aku koleps.
Rasa nak balik tido sampai lusa.

Alhamdulillah, semuanya mudah.
Menurut mak aku, abah tak suffer pun, sebab dia dah tak sedar diri.
Dia hembus nafas terakhir tade tersekat2 ke ape. Senang je.
Kubur pun dekat, bila2 nak pi senang.
Kedudukan kubur pun strategik.
Masuk dalam kawasan tu, parking betul2 depan area kubur abah.

Overall experience ni aku ekceli dragging dah lama dah
Scary kot kehilangan kan.
Ingat dulu masa aku dok jaga abah, siap aku bangun tengah2 malam cek tengok abah masih bernafas lagi ke tak.
Malam last tu, aku sempat amekkan dia wuduk dia nak solat jamak magrib isyak.
Tahun lepas bulan puasa, walopun baru je kuar hospital, dia puasa sebulan penuh.

Abah aku bukan alim2 ke ustaz2 ke ape.
Orang biasa je.
Masa muda2 dulu notti jugak huhihi.
Tapi agaknya tuhan permudah segala sebab bakti dia dekat anak2 kot.
Lepas tu masa dia keje semorang suka kat dia.
Abah paling tak kedekut duik.
Bia anak2 senang walopun dia susah.
Tu aku ingat la sampai aku pulak mati.
Sian abah tak sempat pelok cucu.
Takpe kurang2 kucing banyak.

Cakap pasal kucing, Comot dengan Gebu pun mourning jugak haritu.
Kan kunun ajaran tahyul kata jgn bagi kucing masuk umah kang langkah mayat.
Aku letak depa kat luar, depa gigih jugak masuk.
Dok la mengendeng tepi katil abah.
Hewan pun tahu kan tuan dah tade.

Aku pulak, dah la yg paling rapat dengan abah.
Kalo nak korek2 emosi aku of kos la aku akan banjir.
Rasa kehilangan yg amat kot.
Hidup aku dedicated kat abah je.
Skang agak mcm lost sikit la aku hilang arah tujuan kejap.
Buat masa ni aku dok slalu baca last wasap abah je, dia suruh bawak kete cermat2.
Bila aku nak pecut tak tentu pasal je, aku ingat balik wasap abah
That's a start kot.
Grieving cara kuden camni la.

Tu je lah.
Tolong sedekah jugak Al-Fatihah kat abah aku. Tenkiu.
26/10/1946 - 9/2/2015


Sunday, February 15, 2015

Abah Part 2

From Abah Part 1

Ekceli mebi cara aku cite ni ada seten org buleh interpret yg aku disrespect dgn arwah.
Tapi ni aku cite dgn cara aku setulus sejujur-jujurnya dari hati.
So sapa2 rasa tak best aku mintak jgn la judge aku.
Kalo nak judge aku pon keep your feelings to yourself.
Ambil yg baik dan jangan ikut pangai yang huduh.

Sambungan lah.

So kitorang ready nak bawak abah gi hospital.
Pada masa yg sama aku call laki aku, tak angkat. sibuk kot dia.
Aku wasap je siap amek send gamba abah (so ekceli aku ada gamba abah terakhir time dia tgh nyawa2 ikan)
Time tu jugak aku terpikir nak gi hospital sempat ke nak harung jem segala time budak masuk skolah ni.
Mau 45 menet baru nak sampai.
Kalo la aku ada siren kan besh.
Adik aku sibuk dok angkut abah masuk dlm kete aku.
Tapi masa nak angkut tu bekalan oksigen terputus la sebab nak tukar dari oksigen dlm umah ke tangki portable tu.
Masa dah masuk dalam kete, cepat2 nak sambung oksigen.
Tetiba tangki yang aku cek sehari sebelum tu malfunction pulak.
On je kuar air je.
Memang shit lah aku mencarut2.
Last2 adik aku angkut abah masuk dalam umah balik. Abah sangat ringan ok, adik aku angkat dengan sebelah tangan sahajaa.. ok aku tipu. Dua2 belah tangan tapi senang nak angkat.
Tengah dok kelam kabut usung mesin oksigen dalam umah tu, mak aku yang kepanikan tertarik apekebende ntah, pastu mende tu patah pulak! Nak sambung kene pakai gam mmg time tu kelam kabut mmg pala hotak taleh nak pikir apa. So oksigen mmg tak buleh kuar dari mesin!
Aku dengan adik aku tak panik, mak aku panik nak mampos.
Dia cuma mampu pelok abah aku je yg mmg tak sedar diri dah atas sofa.
Muka abah dah biru dah.
Aku call je la ambulans, masa tu abah dah terputus bekalan oksigen 15 menet dah kot.
Gilenye.
Aku call 999, depa nak verify segala ape jadah pulak.
Sambung ke Hospital Selayang, aku sembang dengan mamat tu nak dekat 5 menet, siap dia tanya umah aku kat mana kene bagi direction semua bagai. WTF kan. Siap tanya no fon aku!
Eh efisyennye sistem kecemasan negara kita ni.
So mamat hospital tu arahkan aku tunggu tepi jalan nanti nampak ambulans tunjuk umah kat mana.
So fani kan.
Masa ni aku tingat arwah Fazi member aku yg citenye tunggu 3 ambulans tak sampai2, last meninggal en-route.
Taleh nak salahkan ambulans. Malaikat maut bukan buleh pospon schedule dia.
Masa aku tgh tunggu ambulans tu dalam 7.30++ aku dah rasa lain dah, mcm abah dah tak survive, tapi tunggu je la kan.
Nak dekat setengah jam tunggu baru nampak ambulan nun di sana.
Aku melambai la tahan ambulans mcm minah senget tepi jalan. Kete moto lalu lalang siap teleng tengok aku apekejadah la minah ni tahan ambulans mcm tahan bas.
Aku direct pi umah aku, aku masuk dalam, aku tengok mak dah baringkan abah dah, cakap kat aku abah dah tade. Pulse indicator mmg tade apa dah (kitorg ada satu alat apetah tu yg buleh check pulse dgn oxygen level).
Darah aku berderau zappp naik ke kepala.
Adik aku tgh sibuk lagi dok repair kepala mesin oksigen yg patah tu. Membazir selotep je.
Bebudak ambulans tu masuk dalam je tengok abah rasanya depa dah tahu sebab depa dah bertindak slow dah pastu. Ambik mesin apetah dalam ambulans untuk check pulse.
Bunyik tiiiittt panjang.
Ala mcm dalam drama tv tu.
So sorg budak tu cakap kat aku, puan, ayah dah tade. Saya catit masa pukul 8.10 pagi ye.
Aku angguk je.
Pastu dia kata, pasni gi balai buat repot, bawak ic abah.
Aku ok kan je. Siap tanya kene bayar ke ambulans dtg ni dik? Bodonye soklan.
Masa tu laki aku sampai.
Aku cakap abah dah tade. Muka laki aku berubah.
Aku cakap jom pi balai buat repot.

Sebelum tu aku pi kat abah, aku cium dahi dia sebab aku tau pasni dia kene tutup dgn kain dah segala.
Tade nak nanges pon ekceli.
Muka abah mcm tengah tido.
Selama ni abah sakit aku dah biasa teman abah tido kat bawah biasa tengok muka tido dia camne.
Mulut nganga sikit.
Tapi tade urat tensyen kat pala dia yg slalu timbul tu dah.
Muka dah tak biru, tapi pucat la.
Hangat lagi muka dengan tangan dia.
Aku mcm cakap babai kot sebab lepas ni tengok muka dia pon dah depan sanak sedara segala.

Lepas tu aku amek ic abah dengan fon abah terus pi balai.
Kat balai tu laki aku buat repot, aku terus call adik aku yg dok Cyber tu.
Try call kawan abah yg terdekat dengan makcik2 aku.
Adik aku je angkat fon, otw datang.

Aku balik umah tengok jiran2 ramai dah datang.
Abah dah depa angkut letak atas katil bertutup dah segala.
Aku naik atas je pakai tudung terus baca yassin.
Nak baca kat bawah org dah mula ramai.
Aku masih cool lagi tade nanges ape.
Mak aku sikit2 emo, so aku tamau dok dekat dia sgt kang jangkit.
Aku dok tunggu partner in crime aku je (adik aku la) dengan abang aku so aku buleh citer kat depa adventure pagi tadi.

Seterusnya adventure aku sambung lenkali la.
Esok keje setelah bercuti seminggu.

Saturday, February 14, 2015

Abah Part 1

This is actually an easy story to tell.
Harini dah midnight 14/2, so lebeh kurang dalam 5 hari lah abah dah passed away.
Majoriti yang kenal aku mesti tahu betapa rapatnya aku dengan abah, in a sense bukan rapat as best buddies ke atau manja tak tentu hala ke.
Aku hari2 dok spent masa dengan abah for a few years. Berdua je ke hulu ke hilir.
Aku je dia dok bebel hari2. Rapat camtu lah.
Secara sejarahnya, abah ni la lebeh kurang mcm acted like both parents. Dia la mak, dia la abah.
Pengorbanan dia tayah cite la. Ni bukan seorang bapa yg typical ok.
Majoriti orang menyanjungi mak. Ibu la berkorban blablabla. Not in my case.
Family aku lain. Dysfunctional sikit.
Abah was everything to me.
Aku tak rapat dengan mak aku sangat, atau org kata 'panas' kot relationship aku dengan mak aku.
Ada la history lain, pergolakan keluarga aku ni tayah la citer sgt sebab mende dah lepas dah pun.
Aku je yg dok umah lepas aku abis blaja. Dengan menganggur setahun lebeh, hari2 ngadap abah je la.
Adik-beradik aku tade lekat kat umah sangat.
Masa dapat keje pun, abah la mengangkut aku pi balik.
Pi mana2 Giant ke, bejalan ke, aku dengan abah je berdua, kdg2 dengan adik beradik lain.
Sejak aku pandai driving ni la aku dah renggang sikit dengan abah.
Aku paksa diri aku pass driving test pon sebab abah dah tade kederat nak mengangkut aku huhi.

Abah sakit dah lama, since dia keje kat Kedah lagi.
Tapi teruk sejak 2010.
Aku ingat sebab time tu aku outstation ke Vietnam (first time gi obersi kan perghak nak mampos), aku balik je abah dah kene masuk hospital for the first time.
So since time tu la tiap2 tahun abah masuk hospital dalam beberapa hari, yg paling teruk last year, dua minggu lebih kat unit intensive care, sehari dua tak sedar diri.
Teruk sangat dah.
Tapi abah survived lagi sampai la dia menghembuskan nafas terakhir haritu.

Citenye mcm biasa la, every year, time camni abah mesti demam and then kesan flu shot dah abis.
Aku dah agak mesti kene warded lagi.
Sejak hari Jumaat last week dia dah teruk, oksigen level dah dalam 91%-92%.
Aku dok paksa dia pi hospital, tapi sebab dia ada schedule appointment dengan hospital on 10/2, dia degil la nak tggu haritu jugak.
Aku pegi la tiap2 hari, tapi bukan buleh buat apa pun.
Duduk sebelah dia, tolong buat air, cek level oksigen every few minutes, cek blood pressure and then tengok dia suffer.
Tu je la.
Kang bila aku mention suruh pi spital, dia mula tension and then heart rate laju mcm palpitation.
Hari Ahad (8/2), pagi aku dengan suami pi kat abah kejap sembang2 segala.
Petang tu, laki aku kene gi keje, aku pun pi kat abah lagi.
Mcm biasa la rutin, sambil2 dok paksa dia pi hospital.
Aku siap tanya, abah buleh ka tahan sampai Selasa.
Huii konpiden je, bulehhh aihh.
Malas la kan nak paksa genetik degil ni.
Malam tu (malam terakhir) lepas aku cek tengok oksigen level yg sama, aku balik la umah.
Sempat salam la segala mcm biasa kan dengan pesanan esok aku pi lagi.
Aku mesej boss aku cakap nak EL esok, just in case la abah lembut hati nak pi hospital.
Aku pun tak beberapa buleh nak lena sangat.
Aku buat keje umah sikit, sambil layan Nikita sampai abis Season 3.
Dalam pukul 3 ke 4 pagi (9/2) baru aku buleh terlena.
Dalam pukul 5 jam aku bunyi aku bangun la mcm biasa subuh segala.
Aku tak perasan mak aku call byk kali.
Aku call balik, mak aku cakap abah dah tak sedar diri.
Masa tu aku dah naik angin sebab terpikir kat umah tu bukan depa berdua je.
Adik aku kan ada kat umah. Aku dah pesan haritu kalo pape, call ambulans.
Cepat2 la aku bersiap segala.
Hari Isnin kan, umah aku yg dari tingkap umah aku buleh ekceli nampak atap umah abah pon ade la amek masa 20 menet aku nak sampai. Monday traffic.
Haih aku terpikir camne nak gi hospital ni kalo jem camni.
Aku sampai je, tengok mak aku dah panik, kelam kabut.
Adik aku dah bangun dok urut abah.
Ok tak jadi marah.
Abah tak sedar diri atas katil.
Mak kata oksigen abah dah 53% masa dia turun bawah check on abah lepas solat subuh.
Allahu.
This is bad. Really bad.

Bersambung la. Aku ngantok dah.

Friday, February 06, 2015

TGV Movie Club



Aku dapat email ni promote la bayar RM25 (normal price RM28) untuk TGV movie club
Since aku dah tak tengok wayang dah (last time tengok Guardians Of The Galaxy) aku mcm nak ignore je mende ni.
Tapi aku dok baca privilege dia, tiket free, birthday freebies blabla, sampai part advance screening.
Pastu toinggg pala hotak aku terbayang tahun ni kuar The Avengers dengan Star Wars.
Toinggg dan segala movie superhero dan sci-fi yg akan kuar pada waktu2 mendatang.
Baiklah. Geek rules.
Terbang 25 ringgit.


Hokaaayyy ada 4 tiket free satu expired dlm masa sebulan, satu lagi in 6 months.
Yang penting ADVANCED BOOKING!
I don't fucking caaaaaare I wanna be among the first human being on the planet yang tengok Star Wars!!

Tapi ekceli aku malas gila nak mewayang skang.
Mungkin faktor usia.
Dan aku ada unifi.
Dan aku ada xfinity.

So kalo kira costing satu tiket wayang skang ni at least RM12, since aku prefer couple seat, at least RM28.
Campur dengan popcorn combo set, dalam 8-10 bucks
So total sekali tengok dalam 25-40 bucks.
Tiket free ada 4, free regular popcorn 2.
Total cost of freebies approx RM12x4 + RM8, dalam RM50 la lebeh kurang.
So aku untung dalam 20 bucks jugak.

Ok la since ada tiket nak expired lagi 4 weekends, aku kene redeem lah.
Ohoi malasnye.