Wednesday, December 31, 2014

The Year-End Reflections

Lama aku tak menaip.
Disebabkan aku tade idea and most of the ideas pun too personal to share with the internet.
So here I am, stuck dekat rumah since Sabtu sebab kena serangan asma yang teruk.
Gi klinik pun pekene neb dengan mc sehari2. Dokter saja nak untung lebeh kot so aku buleh dtg hari2 pekene neb.

2014 is actually quite disappointing on me.
Dari segi karier, relationships, kewangan, kesihatan dan penyakit mental.

J A N U A R Y
Time ni ekceli dah suntuk aku nak bersiap2 untuk wedding aku.
Barang nak beli la, dgn baju tak muat (kah kahh)
Aku sampai malu nak gi tailor tu nak ekjas, so terima la seadanya aku naik badan gemok dalam tempoh 2 bulan dia buat baju menikah aku.
Fani la ekceli. Sebab sampai skang baju tu aku tak pakai2.
Seb baik parents aku tolong bab2 kenduri and adik aku tolong bab2 gifts.
Sebab aku tak cukup tangan dengan keje aku yg sgt bz.
Dengan nak pegi HIV test, dengan nak pegi pejabat agama, dengan nak cari tudung.
OMG wedding aku yg sempoi gila ni pun aku dah tensi apetah org lain yg besar2 kan.
Masa ni bakal suami pun dah mula keje baru dia.
So dia tak dapat la tolong apa sgt.
January was a busy hectic month.




F E B R U A R Y
So ni bulan wedding aku.
Cuti dah mintak, keje makin bz. Bos mcm susah nau nak bagi aku cuti.
Hantaran semua aku buat DIY dengan tangan aku sendiri.
Comot la tapi aku bangga.
On 22nd February, aku jadi tunang org, on 23rd February aku jadi bini orang.
Tade halangan besar2 alhamdulillah.
Tade prasaan apa pun bedebar ke ape.
Biasa je.
The best thing this month adelah in terms of relationships aku dengan gepren2 reunited balik masa sehari seblom aku menikah.
Good times, man. This is the one of the most significant moment of my life, buleh tak nak kata even better than my wedding itself?


M A R C H
Aku tak tahan la dok keje tempat serupa neraka dunia tu.
So aku diskas leklok dengan suami, aku nekad nak resign, regardless time tu aku tade dapat keje lain pun.
Actually aku dah at the height of my career. Gaji dah sgt buleh bagi aku hidup comfortable walaupun tak kaya. Tu blom masuk side income aku gi bersyarah kat mana2.
Tapi aku tak hepi sangat2. Aku rasa aku bukan dilahirkan untuk keje camni yg tade hala tuju.
Dari aku buat dosa dok menyumpah hari2, aku decide nak blah.
Takpe, duik buleh dicari, rezeki ada di mana2.
Aku kene resign before aku confirm keje situ or else kene 6 bulan notis benti.
On March 31st, aku submit surat resignation.

A P R I L
Bulan terakhir aku keje, aku habiskan buat buku je, so aku slalu ambik kesempatan lepak kat tempat designer buku tu.
At least tade la aku dok opis sentiasa.
Seb baik aku ada saving sikit, so buleh la kot kaver duik sewa umah dalam 2-3 bulan, and then after that pepandai la kami nak ikhtiar camne.
My husband is supportive, tapi tatau la dalam hati dia kata apa kan.
Leklok selama ni dgn aku hidup senang tetiba nak kene tanggung aku pulak kan.
Hahaha tak eloknya pikir.
April 30th, aku thumbprint out buat kali terakhir, lepas tu aku kuar hampir berlari gi kat kete.
Never wanted to look back.

M A Y
Sesi penggangguran.
So mula la aku jadi surirumah sepenuh masa.
Tade la alasan tak masak sebab penat, tak gosok baju sebab tade masa, tak kemas umah sebab tak sempat blabla.
Tapi musibah melanda.
Tengah bulan, abah masuk wad, sakit tenat. Nazak.
So since aku sorang je yg available, tugas aku bertambah la. Jadi drebar bawak marmee berulang alik gi spital. Tolong tunggu kat spital, tolong paham apa dokter cakap, jadi despatch, jadi translator, pegang fon abah just in case kalo kene bagitau pape.
Masa ni kene kuat la, tapi beberapa malam aku tido pelok baju abah.
Most of the people who knows me tahu betapa aku rapat dgn abah kan, so paham2 la perasaan aku camne.

Tapi bulan ni jugak ada addition to the family.
Tade la, aku tak preknen la. Dah nak monopos taleh preknen.
Aku amek anak angkat.
Seekor budak hitam kecit kenit comot yg aku renamed as Lenny.
I have zero idea how to raise a kitten from scratch. Tapi she's a blessing.

J U N E
End of May, aku dapat offer keje kat tempat lama.
Dari segi karier, mmg downgrade, gaji pun mcm suku dari apa aku dapat before this.
Aku tak pandang sgt tu semua ekceli.
Aku dah hadapi segala mcm pengalaman so I think I deserve to take a break.
Memula aku decline the offer.
But then aku pikir why not? Keje kerani je, tayah berkejar ke sana sini gi miting, pikir mende2 pelek sampai migren, jumpa manusia yg menjengkelkan.
Aku dah byk experience, so semua ni sayur je.
Kan.
Kan.
So bulan ni, aku mula la keje balik.
Kah kah.
Imagine the surprise of my former colleagues yg dapat tahu, since building aku keje tu seblah je building yg aku keje dulu.
Jumpa org2 lama, siap tanya, eh u transfer sini ke?
So long story short, I said yes.
Malas la nak cite panjang.
For now, keje ni isn't a top priority.
Family is.
Abah bertambah sehat, amazingly. He's quite a fighter.
Aku tatau la maybe ada hajat dia tak tercapai lagi kot so ajal dia blom sampai.
Alhamdulillah.

J U L Y
Yay, another addition to the family!
Saya ada two daughters now.
Aku bagi nama Neli Alia, Leni terbalik, Alia tu tambahan je. Sebab nama ni comel mcm nama anak sorg makcik tu anak dia sgt comel.
Toilet train mcm biasa la saspen dan nightmare.
At least Leni ada kawan skang tade la sunyi sgt.
Since keje ni kembali hectic la jadual aku tapi at least aku tayah la kerap sgt gi outstation mcm dulu2.
Raya aku tak ikut suami balik kampung.
Semorang pelek kan.
Sukati aku la.
Nape mesti nak ikut normal mcm org lain.
So aku spent time kat umah parents satu malam and then bersulup kat umah dgn kekanak.
Solitude sgt bahagia.
Suami balik pun tak lama, 3 hari lepas tu dia balik semula KL.
And then mula lah kaki aku mcm cedera. Puncanya aku pakai this really uncomfortable shoes, and then bejalan naik turun 1Utama Old Wing, New Wing back and forth.
Aku ni ekceli kuat bejalan, kdg2 sampai lupa diri.
Dulu badan ringan takpe, tahun ni isipadu badan ni mampat sikit, so impact la kat kaki yg comel ni.
Lagipun kat fon aku ada mende ni:


Mcm lupa diri la nak capai 5000 langkah.
Pastu kaki aku sakit sampai la skang, lagi2 kaki kanan.
Ha lagi satu aku kerap angkat barang2 berat, kan dah pindah umah lain, aku suka dok angkat mende2 berat kdg2 1 trip je aku hangkut, malas nak turun bawah balik.
Akibatnya blakang sakit, kaki sakit.


World Cup pon abis.
Team aku finally menang.
Since umah aku tade astro, seb baik ada astro onthego. Sambung je kat tv.
Never missed a match on my favourite teams.
Suami lebeh suka tgok Harimau Malaya. Aku pulak tak suka. I'm still fucking bias on local team. Kata la aku tak patriotik ke apa. Selagi tak masuk top 50 world, aku tak pandang lah. Kbai.

A U G U S T
Uneventful month.
Aku balik kampung suami sorang2, sebab raya tak balik kan.
So bawak marmee no 2 gi jenjalan sampai ke Muar.
I trusted my husband to be at home jaga kekanak buang tahik bagi makan kemas umah segala dgn seribu pesanan.
Masa bulan ni aku dapat hobi baru yg merepek. Huhi.


S E P T E M B E R
Kaki aku bengkak, so aku ended up MC, EL buat keje kat umah.
Siap bertongkat, parking kete kat parking OKU segala.
Rasa cacat la sebab aku kan kuat berjalan so bila dah camni, aku taleh bejalan byk.
I have to lose weight kot dokter kata.
Tapi aku suka makaannn.. camnee..

Paling sedeh skali dapat wasap abah satu malam tu.
Kucing aku Puteh dah tade.
Sedehhh.
Aku nanges sambil pelok Leni dgn Neliyaya.
Baru kelmarin aku tengok Puteh dalam sangkar katanya sakit.
Tapi biasa la sakit kan, tak sangka sampai mati.
Aku kalo bab kematian ni aku troma sampai depresi.
Sedeh sgt.

O C T O B E R

Berdarah hidungku.
The best present EVER!
Kene la cari time nak main kan. Tu je satu masalah.
Tak sangkanya suami memahami.

N O V E M B E R
Sama la tade apa yg besh.
Semua rutin je.
Cuma this month dah last aku dapat gaji.
Sebab the next month, aku dah tamat kontrak.
Heran la kan, duik aku pikir barang kekanak dulu.
Pasir tahik dan makanan.
Seb baik dah vaksin segala.
Mami kekanak tak makan pon takpe.


D E C E M B E R
Babai lah 2014 yg tak besh.
Aku ada interval between kontrak keje dalam seminggu.
Aku dok umah menternak haba je la duik tade nak gi Daiso.
Aku mula keje balik dgn keje byk dan bos yg makin demanding.
Aku masak sgt keje kat situ so this no news to me.
Ujung2 tahun ni aku kene pulak sakit.
Baru keje dah MC 2-3 hari kan, mesti bos aku bengang. Kah kah. Sorry boss.

For next year yg tinggal lagi beberapa jam ni.
I'm so not good in making resolutions. Sebab tak penah berjaya.
Mungkin satu je kot.

I wonder how can I achieve this.

Happy New Year, everyone!