Friday, October 10, 2014

Movie

Aku tatau nak menaip apa. Tapi blogging perlu diteruskan.
Takpe la citer pasal movie je la.

Haritu masa cuti raya haji, aku berseorangan kat umah ditemani kekanak.
Suami balik kampung.
Aku tak ikut KUNUN sebab keje opis byk nak siap.
Last2 aku sakik pala aku bukak youtube terrlayan citer hantu siam.
Ada 2 yang aku tengok la.
Dua2 besh.

1. Laddaland

Ni antara citer hantu siam yang terbaik aku penah tengok.
Dah la aku tengok dalam kul 11 malam camtu di kala mercun dok bersahut-sahutan.
Sekali antu kuar pastu bunyi tebabom aku melompat.
Tade la scary ke gory ke hantu dia, tapi biasa la tekejut2.

Citer dia pasal satu family ni pindah satu kawasan perumahan nama dia Laddaland, Chiang Mai, Thailand.
Ala mcm gated community housing la.
Lepas je ada pembunuhan berlaku kat satu rumah tu, org semua setat nampak antu, satu satu family kuar pindah.
Tapi family ni je sengal tamau pindah sebab bapaknye dah invest segala nak beli umah kat situ.
Sampai lengang la housing to tade orang.
Scene antu dia mmg saspen.
Aku banyak kali pause sebab tua2 ni mudah sakit jantung.
Ish pi la tengok.
Kat youtube ada.
Besh.
Bukan typical citer hantu siam sangat.
Balance antara kesah femili dgn kesah hantu.
Ending dia sedeh la.
Aku google katanya citer ni inspired by true event kat Chiang Mai jugak.
Antara scene yang paling scary ada dalam trailer tu.
Babih la aku rasa berderet aku mencarut tiap2 kali scene saspen kuar.


2. Buppah Rahtree: Flower of The Night



Lepas satu abis, aku mcm wahh nak lagi tengok citer hantu siaaammm laa malam nii.. sungguh tak serik kan kuden.
Google2 jumpa la citer ni well recommended la kunun.
Citer ni ekceli mcm trilogy ke quadrilogy dah.
Aku baca2 review mcm besh, tapi diklasifikasikan citer ni as horror-comedy.
Alamak, aku memula terpikir. Komedi ni yang tak besh ni, aku terbayang2 citer hantu2 bodo mcm Hantu Mak Limah ke ape kan.
Tapi review dalam imdb semua power2, so why not la.
Kebetulan dalam youtube pon ade oyeh

Citer dia pasal budak pompuan ni mati sebab blood loss lepas abortion.
Pakwe dia blah camtu je.
Lepas tu dia haunt la bilik yang dia sewa tu dan seterusnya satu blok flat tu tros.
Lama2 semorang pindah tinggal bape kerat je.
Tak tahan la memalam dengar sore pompuan nanges la menjerit la.
Eee kalo aku pon memalam taleh tido dowh.
Seram la.
Tapi scene fani dia tak bodoh.
Memang lawak dan realistik jugak la.
No wonder citer ni cult feveret.
Scene lawak dia masa priest dgn monk dtg halau hantu tu semua bertempiaran lari.
Memang fani la. Aku gelak sebab lucu aku mcm nak nanges sebab saspen.
Tawa dalam tangisan.

*ish babih time aku taip pasal citer hantu ni la mcm2 bunyik pulak aku dengar dalam lab neh

Ending dia pon twist gilerrrrrrr
Beshhh.

Aku jumpa lagi sequel2 dia aku nak tengok
Yang sequel no 2 susah nak cari dok toren seminggu tak abis2 lagi tade seed.
Yang sequel no 3 dgn 4 ade je kat youtube.

So lengkap la hidop aku dengan citer2 hantu siam.
Majoriti yang femes2 semua aku dah layan dah.
Skang aku tgh layan Meat Grinder kat youtube tapi baru tengok 15 menet.
Tengah keje woh kejar deadline.
Esok Sabtu buleh la layan.



No comments: