Sunday, October 12, 2014

Married life Part 2

Bukan nak sentuh sangat bab personal tapi saja nak bagi orang paham sikit.

I'm leading a not-so-normal married life.
Lebeh kurang sama dgn sapa2 (gender unspecified) yang menikah (i prefer to use the word 'nikah' instead of 'kawen') dengan polis, askar, pilot, supervisor kilang, spy, engineer, bisnesman, keje pelantar minyak, keje dgn multi-international kompeni, etc yang keje odd hours and not always at home.
My husband's rarely at home.
Dalam seminggu, aku jumpa dia dalam 4-5 hari je, sehari dalam 8-9 jam campur time tido.
Kalu sape2 jenis nakkan perhatian ke suka kene pamper ke nak laki tabur duik ke nak slalu dok bawah tiak suami 24-7 ke taleh la cari org keje mcm laki aku.

Laki aku ex-tentera.
So before this, dia penah stationed dekat Lumut, penah dok kapal sebulan sekali baru balik.
Masa dok Lumut dia balik pon 2 minggu sekali.
Tapi masa tu aku tak jumpa dia lagi.
Aku jumpa dia masa dia dah benti Navy, dalam proses peralihan.
So dia dok umah membesarkan perot.
Masa becinta dulu dia penah keje dgn aku kejap kat UM.
So buleh bayangkan la dia bekepit dgn aku macammana kan hihi
Segala shopping kompleks dah ditakluki.
Dalam 2 bulan seblom kami menikah dia dapat keje lain yang dia mmg idam-idamkan, tapi mmg dia dah gitau aku masa dia dgn aku nanti takkan banyak.
Profession adelah sebagai bodyguard seorang VVIP.
Jadi go ahead la keje, aku tak kesah.

Skang lepas nak 8 bulan menikah, mmg betul dia tade masa mcm most of other spouses yang keje office hours dan cuti weekend and public holidays.
Weekend biasanya aku sorang dgn kekanak.
Rumahtangga mmg aku mostly jaga sorang2.
Aku la tukang masak, buat laundry, gi grocery shopping, aku la storekeeper, cek stock brg umah, mengemas umah tahap OCD, accountant, aku la electrician, tukang kayu, pemasang perabot dan tukang angkut barang2.
Keje berat yang biasa lelaki buat aku buat selagi ada kederat.
Mostly mmg aku independent. Kalo sakit pening migren semput, gi klinik ke spital ke sendiri drive.
Hal umah, bil2, duik2, barang2 umah, baju suar dia, semua aku kene pikir, list down, uruskan dan beli sendiri.
Aku nak bila laki aku balik, umah dah kemas, wangi, baju suar semua dah gosok dan gantung dan ready untuk dia pakai. Kdg2 sampai baju aku sendiri tak bergosok. Punya la huduh pangai OCD aku ni.
Dia keje 12 jam sehari kul 7 pagi - 7 malam, at least 2 malam seminggu kene standby overnight.
Hari cuti yang time dia keje, aku pon bangun jugak pukul 5 pagi, bagi dia sleep in sampai dalam 5.30, aku masak air, buat air, letak barang2 dia nak bawak satu tempat; helmet, kunci, fon, wallet; sebab laki aku pelupa.
Keje dia cuma buang sampah  dan taik kekanak.
Kalau hari keje, aku mmg kelam kabut sebab lepas  Subuh aku kene kuar dah gi opis.
Balik opis, kul 5 aku dah mmg cabut, tade nak lepak kat opis sampai kul 9 mlm macam dulu.
Balik kene masak, buang taik, mengemas.
Kdgkala kene singgah umah abah nak tanya depa ada nak suruh beli apa2 ke nak bawak pi mana2 ke.
Umah abah pon mcm jarang aku pi dah sejak kaki cedera ni.

Kalau laki aku offday, dia suka ajak aku kuar2 jalan2, slalunye gi brekpes pastu beli brg umah atau window-shopping sambil makan aiskrim mekdi.
Aku pulak malas nak kuar sebab niat nak suruh dia buat keje umah aku nak tido sampai kul 2 petang kan haha
Tapi pikir la jugak dia keje penat, nak kot kuar rilis tensyen ke, aku kene la ikut.
Ni la rutin hari2, kdg2 boring jugak.
Kdg2 baju 2 bakul aku malas nak basuh.
Kdg2 rasa nak mogok.
Tingat zaman bujang yang aku buleh tibai tido sampai kul 3 ptg hari cuti, buleh layan movie maraton dari pagi sampai pagi bangun untuk makan dan kencin je.
Tingat je, aku tade rindu sgt pon zaman tade hala tuju tu.

Seb baik laki aku penyayang kucing.
Sampai dia izinkan aku adopt Leni.
Pastu aku kutip Neli.
Pastu ada sehari tu ada kucing org buang kat umah bos dia, dia nak bawak balik.
Aku tak bagi. Dua ekor monyet pon hari2 bagi blood pressure naik ni nak tambah sekor lagi monyet.
Cukup la dua ekor anak je.
Niat dia tamau bagi aku sunyi dok sorang2 and then bagus untuk depression aku.
Betul la aku tak sunyi sgt dah hari2 sembang dgn kucing.
Dia pon balik umah seblom tido gi timang kekanak dulu.
Baby manusia tade kot.
Kalau Allah nak bagi, dia bagi la.
Tade pon aku tade la nak sedeh sgt.

Pembuli kucing


Aku tade la nak beriye share sgt hal rumahtangga aku.
Aku cuma doa je la bagi laki aku rezeki byk sikit supaya aku buleh dok umah jadi fulltime housewife kihkih

Harini Ahad, semalam laki aku standby, harini dia balik tapi ntah kul bape.
Aku dah standby nak masak ikan pari portugis grill feveret dia.
Seb baik aku suka masak.

No comments: