Wednesday, December 31, 2014

The Year-End Reflections

Lama aku tak menaip.
Disebabkan aku tade idea and most of the ideas pun too personal to share with the internet.
So here I am, stuck dekat rumah since Sabtu sebab kena serangan asma yang teruk.
Gi klinik pun pekene neb dengan mc sehari2. Dokter saja nak untung lebeh kot so aku buleh dtg hari2 pekene neb.

2014 is actually quite disappointing on me.
Dari segi karier, relationships, kewangan, kesihatan dan penyakit mental.

J A N U A R Y
Time ni ekceli dah suntuk aku nak bersiap2 untuk wedding aku.
Barang nak beli la, dgn baju tak muat (kah kahh)
Aku sampai malu nak gi tailor tu nak ekjas, so terima la seadanya aku naik badan gemok dalam tempoh 2 bulan dia buat baju menikah aku.
Fani la ekceli. Sebab sampai skang baju tu aku tak pakai2.
Seb baik parents aku tolong bab2 kenduri and adik aku tolong bab2 gifts.
Sebab aku tak cukup tangan dengan keje aku yg sgt bz.
Dengan nak pegi HIV test, dengan nak pegi pejabat agama, dengan nak cari tudung.
OMG wedding aku yg sempoi gila ni pun aku dah tensi apetah org lain yg besar2 kan.
Masa ni bakal suami pun dah mula keje baru dia.
So dia tak dapat la tolong apa sgt.
January was a busy hectic month.




F E B R U A R Y
So ni bulan wedding aku.
Cuti dah mintak, keje makin bz. Bos mcm susah nau nak bagi aku cuti.
Hantaran semua aku buat DIY dengan tangan aku sendiri.
Comot la tapi aku bangga.
On 22nd February, aku jadi tunang org, on 23rd February aku jadi bini orang.
Tade halangan besar2 alhamdulillah.
Tade prasaan apa pun bedebar ke ape.
Biasa je.
The best thing this month adelah in terms of relationships aku dengan gepren2 reunited balik masa sehari seblom aku menikah.
Good times, man. This is the one of the most significant moment of my life, buleh tak nak kata even better than my wedding itself?


M A R C H
Aku tak tahan la dok keje tempat serupa neraka dunia tu.
So aku diskas leklok dengan suami, aku nekad nak resign, regardless time tu aku tade dapat keje lain pun.
Actually aku dah at the height of my career. Gaji dah sgt buleh bagi aku hidup comfortable walaupun tak kaya. Tu blom masuk side income aku gi bersyarah kat mana2.
Tapi aku tak hepi sangat2. Aku rasa aku bukan dilahirkan untuk keje camni yg tade hala tuju.
Dari aku buat dosa dok menyumpah hari2, aku decide nak blah.
Takpe, duik buleh dicari, rezeki ada di mana2.
Aku kene resign before aku confirm keje situ or else kene 6 bulan notis benti.
On March 31st, aku submit surat resignation.

A P R I L
Bulan terakhir aku keje, aku habiskan buat buku je, so aku slalu ambik kesempatan lepak kat tempat designer buku tu.
At least tade la aku dok opis sentiasa.
Seb baik aku ada saving sikit, so buleh la kot kaver duik sewa umah dalam 2-3 bulan, and then after that pepandai la kami nak ikhtiar camne.
My husband is supportive, tapi tatau la dalam hati dia kata apa kan.
Leklok selama ni dgn aku hidup senang tetiba nak kene tanggung aku pulak kan.
Hahaha tak eloknya pikir.
April 30th, aku thumbprint out buat kali terakhir, lepas tu aku kuar hampir berlari gi kat kete.
Never wanted to look back.

M A Y
Sesi penggangguran.
So mula la aku jadi surirumah sepenuh masa.
Tade la alasan tak masak sebab penat, tak gosok baju sebab tade masa, tak kemas umah sebab tak sempat blabla.
Tapi musibah melanda.
Tengah bulan, abah masuk wad, sakit tenat. Nazak.
So since aku sorang je yg available, tugas aku bertambah la. Jadi drebar bawak marmee berulang alik gi spital. Tolong tunggu kat spital, tolong paham apa dokter cakap, jadi despatch, jadi translator, pegang fon abah just in case kalo kene bagitau pape.
Masa ni kene kuat la, tapi beberapa malam aku tido pelok baju abah.
Most of the people who knows me tahu betapa aku rapat dgn abah kan, so paham2 la perasaan aku camne.

Tapi bulan ni jugak ada addition to the family.
Tade la, aku tak preknen la. Dah nak monopos taleh preknen.
Aku amek anak angkat.
Seekor budak hitam kecit kenit comot yg aku renamed as Lenny.
I have zero idea how to raise a kitten from scratch. Tapi she's a blessing.

J U N E
End of May, aku dapat offer keje kat tempat lama.
Dari segi karier, mmg downgrade, gaji pun mcm suku dari apa aku dapat before this.
Aku tak pandang sgt tu semua ekceli.
Aku dah hadapi segala mcm pengalaman so I think I deserve to take a break.
Memula aku decline the offer.
But then aku pikir why not? Keje kerani je, tayah berkejar ke sana sini gi miting, pikir mende2 pelek sampai migren, jumpa manusia yg menjengkelkan.
Aku dah byk experience, so semua ni sayur je.
Kan.
Kan.
So bulan ni, aku mula la keje balik.
Kah kah.
Imagine the surprise of my former colleagues yg dapat tahu, since building aku keje tu seblah je building yg aku keje dulu.
Jumpa org2 lama, siap tanya, eh u transfer sini ke?
So long story short, I said yes.
Malas la nak cite panjang.
For now, keje ni isn't a top priority.
Family is.
Abah bertambah sehat, amazingly. He's quite a fighter.
Aku tatau la maybe ada hajat dia tak tercapai lagi kot so ajal dia blom sampai.
Alhamdulillah.

J U L Y
Yay, another addition to the family!
Saya ada two daughters now.
Aku bagi nama Neli Alia, Leni terbalik, Alia tu tambahan je. Sebab nama ni comel mcm nama anak sorg makcik tu anak dia sgt comel.
Toilet train mcm biasa la saspen dan nightmare.
At least Leni ada kawan skang tade la sunyi sgt.
Since keje ni kembali hectic la jadual aku tapi at least aku tayah la kerap sgt gi outstation mcm dulu2.
Raya aku tak ikut suami balik kampung.
Semorang pelek kan.
Sukati aku la.
Nape mesti nak ikut normal mcm org lain.
So aku spent time kat umah parents satu malam and then bersulup kat umah dgn kekanak.
Solitude sgt bahagia.
Suami balik pun tak lama, 3 hari lepas tu dia balik semula KL.
And then mula lah kaki aku mcm cedera. Puncanya aku pakai this really uncomfortable shoes, and then bejalan naik turun 1Utama Old Wing, New Wing back and forth.
Aku ni ekceli kuat bejalan, kdg2 sampai lupa diri.
Dulu badan ringan takpe, tahun ni isipadu badan ni mampat sikit, so impact la kat kaki yg comel ni.
Lagipun kat fon aku ada mende ni:


Mcm lupa diri la nak capai 5000 langkah.
Pastu kaki aku sakit sampai la skang, lagi2 kaki kanan.
Ha lagi satu aku kerap angkat barang2 berat, kan dah pindah umah lain, aku suka dok angkat mende2 berat kdg2 1 trip je aku hangkut, malas nak turun bawah balik.
Akibatnya blakang sakit, kaki sakit.


World Cup pon abis.
Team aku finally menang.
Since umah aku tade astro, seb baik ada astro onthego. Sambung je kat tv.
Never missed a match on my favourite teams.
Suami lebeh suka tgok Harimau Malaya. Aku pulak tak suka. I'm still fucking bias on local team. Kata la aku tak patriotik ke apa. Selagi tak masuk top 50 world, aku tak pandang lah. Kbai.

A U G U S T
Uneventful month.
Aku balik kampung suami sorang2, sebab raya tak balik kan.
So bawak marmee no 2 gi jenjalan sampai ke Muar.
I trusted my husband to be at home jaga kekanak buang tahik bagi makan kemas umah segala dgn seribu pesanan.
Masa bulan ni aku dapat hobi baru yg merepek. Huhi.


S E P T E M B E R
Kaki aku bengkak, so aku ended up MC, EL buat keje kat umah.
Siap bertongkat, parking kete kat parking OKU segala.
Rasa cacat la sebab aku kan kuat berjalan so bila dah camni, aku taleh bejalan byk.
I have to lose weight kot dokter kata.
Tapi aku suka makaannn.. camnee..

Paling sedeh skali dapat wasap abah satu malam tu.
Kucing aku Puteh dah tade.
Sedehhh.
Aku nanges sambil pelok Leni dgn Neliyaya.
Baru kelmarin aku tengok Puteh dalam sangkar katanya sakit.
Tapi biasa la sakit kan, tak sangka sampai mati.
Aku kalo bab kematian ni aku troma sampai depresi.
Sedeh sgt.

O C T O B E R

Berdarah hidungku.
The best present EVER!
Kene la cari time nak main kan. Tu je satu masalah.
Tak sangkanya suami memahami.

N O V E M B E R
Sama la tade apa yg besh.
Semua rutin je.
Cuma this month dah last aku dapat gaji.
Sebab the next month, aku dah tamat kontrak.
Heran la kan, duik aku pikir barang kekanak dulu.
Pasir tahik dan makanan.
Seb baik dah vaksin segala.
Mami kekanak tak makan pon takpe.


D E C E M B E R
Babai lah 2014 yg tak besh.
Aku ada interval between kontrak keje dalam seminggu.
Aku dok umah menternak haba je la duik tade nak gi Daiso.
Aku mula keje balik dgn keje byk dan bos yg makin demanding.
Aku masak sgt keje kat situ so this no news to me.
Ujung2 tahun ni aku kene pulak sakit.
Baru keje dah MC 2-3 hari kan, mesti bos aku bengang. Kah kah. Sorry boss.

For next year yg tinggal lagi beberapa jam ni.
I'm so not good in making resolutions. Sebab tak penah berjaya.
Mungkin satu je kot.

I wonder how can I achieve this.

Happy New Year, everyone!

Friday, November 28, 2014

Star Wars: The Force Awakens teaser trailer

Almost pissed in my pants when I saw this.
Aku dah level warga emas.
Patutnya dah stop dah obses dengan mende2 tahyul camni.
Mcm nak keriau tengok.
Memang keriau pon air mata merembes.
Aku tak dapat share my excitement dengan people my age dah, ramai yg dah givap mende2 camni, maybe tumpu pada family.
I can't think of a single person untuk aku share this teaser trailer, except for my sister kot.
Tapi dia tak keriau mcm aku.
Ah fuck, I don't care.
Kalo umo panjang, I'll be among the first ones who's gonna watch this.
Please don't be shit please don't be shit  please don't be shit  please don't be shit  please don't be shit  please don't be shit  please don't be shit  please don't be shit  please don't be shit  please don't be shit  please don't be shit..............................
Camne nak lena tido malam ni

Tuesday, November 25, 2014

Online shopping

Ya tuhan, lama gila aku tak buat keje ni.
Since dah tade extra cash kan.
Tapi harini  terrrbuat sebab pagi tadi berlakunya tragedi aku punya eyeliner abis.
I mean, totally habis lepas aku dah sesiap letak seblah mata.
Mata aku seblah je ade winged-liner!!
Aku dah goncang sampai bergegar segala lemak, tekan tekan tekan tade ape yang kuar.
Camne nak teruskan hari pekerjaan dengan mata seblah sepet?
Puas pikir lah nak beli chap aku pakai ni Heavy Rotation ada kat farmasi besar2 je.
Aku dah lama tinggal aktiviti membuang duik kat farmasi besar2 ni.
So aku tingat la buleh kot beli online. Mata aku bersinar2.
Atas dasar pernah terpengaruh dengan posting dalam fb Felixia Yeap, memula aku beli yang ni dulu.


Murah je ah, tapi dingdong2 dengan postage pon tadaaaa...


So sekali shopping je tak cukup.
Aku gamble je ni kan baru masuk je GAJI TERAKHIR AKU UNTUK TAHUN NI.
Yaa gaji terakhir yang bermakna bulan depan aku tak masuk gaji sampai ujung bulan 1 (Terima kasih UM!)
So aku tensen pikir kan mcm di luar kesedaran kejap pikiran yang tak baper waras, aku gi tibai browse lelong pulak.
The damage I made so far today:


Ekceli murah kan segala2 ni.
Tatau la chap ayam.
Masa ni aku dah tak pikir dah mcm kene rasuk syaiton.
Yang segitiga warning tu tatau la apsal aku beli kan.
Bila dah klik bayar baru mcm tersedar kembali ke alam nyata.
Tengok balik balance dalam bank, mencacak segala bulu.
Perasaan ni sekejap je, nanti bila dapat package tu aku kembali gembira.

Ok bai.

Sunday, November 23, 2014

Movies that people usually like, but I don't

The idea for this entry datang bila dalam newsfeed fb aku harini tetiba banyak reference pasal movie Dirty Dancing.
Maybe ada yang familiar movie ni pasal Patrick Swayze dengan Jennifer Grey menari yang ada lagu I've Had Time of My Life tu.
Don't get me wrong, soundtrack dia besh. Tapi movie dia sucks.
Ataupun mungkin aku memang tak minat dance movies kot, tapi kadang2 besh mcm Bring It On besh, Step Up pun besh.

Ok ni adelah list movie yang sama ada jadi box-office gila2, atau critical acclaimed atau femes enough untuk orang suka sampai tahap jadi epic ke legend ke whateverfuckitscalled tapi pala hotak aku just so-so je:

1. Twilight - aku baca buku dia suku je okeh. Suku. Movie dia watchable la tapi still sucks.
2. Pirates of  the Caribbean film series - aku tengok no 1 je. Lepas tu dah rasa annoying mcm hell.
3. The Matrix trilogy - Aku minat Keanu yang kayu tu, tapi trilogy dia aku rasa so-so je. Baik la tengok Terminator. Make sense sikit.
4.  Avatar - bagi aku forgettable. Aku tade excited langsung dengan sequel. Besh la bukan tak besh tapi typical James Cameron ni bila dah makin tua, movie dia buat makin meleret dgn kesah cinte tah pape.
5. The Hobbit - LOTR memang epic. Aku baru je tengok The Hobbit ni haritu sebab dah nak kuar final sequel kan, tapi nak banding dengan LOTR series taleh la lawan ho.
6. Requiem For A Dream
Meh aku letak gamba cikit.

Kunun cite pasal apetah blablablablablehbleh. The thing is aku tak paham langsung apa yg nak disampaikan dalam movie ni.
7. Life Of Pi - Ish aku tak buleh la cite hewan2 ni. Kan lepas tengok aku dah sedeh. Cilake. Pastu tade la besh sgt pon. Harap CGI je.
8. Sweeney Todd: The Demon Barber of Fleet Street - I hate musical. Sikit2 nyanyi sikit2 nyanyi. Kalo aku nak musical might as well aku tengok hindustan. Lagipun aku tak paham sgt citer ni sebab aku distracted pasal depa dok keje nyanyi.
9. The Notebook - Ah Ryan Gosling dengan Rachel McAdams, kesah cinte yang lambat kesampaian. Org tengok sampai tekenang2 temimpi2. Aku tengok sekali je dah la. Tade feeling.
10. The Godfather trilogy - The same reason aku tak tengok The Sopranos. Citer gengster2 typical ni buat aku yawnn

Honorable Mention: Up dengan Frozen.
Aku rasa Tangled lagi besh kalo nak banding dengan Frozen.
The Incredibles pon lagi besh kalo nak banding dengan Up. Lagi la aku tengok berkali2 dan masih gelak sampai nak keriau.

So tula je.
Lagi satu, paling annoying nak dok pop up kuar kat news feed aku ni yang movie Fifty Shades of Gray.
Dah la Twilight tu tahap literature sampah, ni kalau bawah tahap sampai agaknya tahap tahik kot. Pui.


Friday, November 21, 2014

30 Soalan-Soalan Part 3

30 Soalan-Soalan Part 1
30 Soalan-Soalan Part 2


21. About my job
I work here for almost 6 months already.
Given the fact that I used to work here before, so I've been here, what, 10 years? Lama jugak kan.

My contract will expire in 2 weeks, and they give an option to extend my contract for another 12 months, with slight increase of salary.
Speaking of salary, I used to get paid much more than I'm making today. Dulu aku tak layak la dapat BRIM. Skang aku dah boleh apply for BRIM.
Keje apa, should you ask?
Some sort or clerk, but not really.
I sit on my ass most of the 9 hours on the job, mengadap laptop, not much of doing any critical or analytical thinking until my head almost exploded like I used to. Just a basic office type thingy data entry job.
Ah sambung lagi setahun.
Well at least my boss is some sort of awesome.

22. Hobbies.
Let's see.
Aku suka membaca. Books, yes. Tapi expensive la. So aku resort membaca sampah sarap online. Biasa aku masuk website StumbleUpon yang randomly generate interesting webites and read based on my interest.
Aku suka tengok movies, kadang2 aku suka tengok documentaries. Dalam youtube banyak documentaries, atau kadang2 dalam website mcm ni http://topdocumentaryfilms.com/.
TV series tu of course taleh tinggal cuma aku dah tak follow mcm dulu. Biasa aku binge watching lepas Fall Season tamat bila tv seeries yang aku follow dah abis satu season. Buleh marathon dalam 2 hari abis la satu season. The feeling lepas tengok tv series ni adelah tak terkata orgasmnya.
Aku juga suka masak. Tade la beriye tapi aku enjoy la masak untuk seisi rumah. Kalo masak untuk org lain rasa insecure sikit.
Haritu aku dapat hobi baru. Buat Rainbow Loom. Hobi untuk kekanak je ni, tapi ralit buat mcm sronok pulak.


23. Describe your typical day
5 pagi bangun, mandi, bersiap2, buat air, angkut tahik, make sure makanan bebudak full, subuh.
By 6 a.m dah kuar pi opis, dalam 6.30 dah sampai opis.
Clock-in attendance, penuhkan tumbler air, bukak pc sambil sikat2 rambut ke, pakai bedak ke, mekap ke.
Dalam kul 7 bos aku dah sampai, so bos sampai aku kene start buat keje atau pura2 buat keje walaupun ekceli the clock starts at 8.
Sampai la dalam 4.45 baru aku stop, pi kencin, standby nak clock-out. Kul 5 tepat, aku kuar.
Dalam 5.30 or 6 depending on the traffic, aku sampai Gombak, ni optional sama ada aku pi umah parents aku atau terus balik umah sendiri.
Sampai umah, mcm biasa aku kene prepare nak masak dinner.
Sambil2 layan bebudak. Make sure makanan full, cuci bekas air, letak air baru, angkut tahik. Kalo bebudak baru lepas beyak, aku angkut cuci dgn wet tissue, letak bedak segala.
Ala mcm layan bebudak manusia jugak.
Sementara tunggu nasik masak aku ape, aku gi kat taman pokok kat balkoni, siram pokok ke ape ke.
Pastu sebelum magrib mandi, kemas2 sikit. Encik Roommate balik kul 8. Lepas dia mandi, terus makan sama.
Lepas dinner dia lepak kot depan tv, aku kemas2 pastu lepas isyak aku dah koleps dulu atas katil.
Pastu lawan la berdengkur sampai pagi.
Typical day camtu la. Ada jugak tak typical mcm roommate keje malam ke, hari weekends ke, lain cikit rutin.

24. An old photo of you.


25. Something you regret in the past.
Terlalu banyak.
Zaman blom matang maybe aku buleh ckp kalo buleh nak turn back time kembali zaman lepas ke zaman skolah ke so aku blaja rajin2 ke ala blablabla biasa la
Tapi.. ehem ni buleh consider corny sikit kan.. kalo aku tak melalui segala yang aku lalui ni, aku rasa aku takkan jumpa suami aku skang. Sebab our paths byk kali almost crossed in the past.
Kalo dapat tuka segala mende berlaku dulu, mungkin skang aku dah jadi org lain atau jumpa orang lain, atau tak jumpa sesiapa at all.
Alhamdulillah.

26. My Siblings.
Aku ada abang, 5 years older than me. Masa kecik dia slalu buli aku dan aku rela dibuli sebab aku looked up dgn abang aku rasa mcm dia sgt cool and I practically followed him everywhere.
Bawah aku adik pompuan. masa kecik rasa annoyed sebab dia masa tu anak bongsu, and then she was the one who practically followed me everywhere. Aku kene share menan dgn dia which I hated so much. One of the worst thing was kami slalu pakai baju sama style boria ke ape. Tak suka lah.
And then when she was 6, dapat la sorg lagi adik bongsu. So dia ni jadi anak bongsu selama 6 tahun and I permanently stuck as the middle child yg ada semua psychotic characteristics of  middle child.
Ah my adik bongsu. Dalam kitorg 4-4 orang, dia la yang considered paling normal. Biasa la kene pampered byk lagi2 dengan my father.

27. If you won the lottery____
Bayar hutang dulu, baru pikir apa nak buat with the rest of the money.

28. A photo of item you last purchased.


29. The meaning behind your blog name.
Ni baru tukar nama. Dulu2 nama lain.
Kitty = sebab aku suka kucing sangat2
Nutella = sebab nutella sangat la sedap kalaula buleh makan hari2 tanpa menjadi gemok

30. (Yey last!) Why do you blog and what your blog is all about?
Aku malas ekceli nak menaip sebab takes a lot of time and I don't think people dah baca blog mcm 10 years ago.
Tapi mengikut kata therapist aku, orang yg ada penyakit mental mcm aku ni kena rajin 'express yourself'.
Ekceli aku byk sangat diari dan journal. Ada kategori masing2.
Ada yang personal yang aku sorang je ada akses, ada yang totally anonymous, tapi totally honest.
So blog ni between. Jujur sangat pun tak, hipokrit sangat pun tak. I try not to divulge details too much sampai citer dalam spenda pon nak taip dlm blog. And I try not to be myself sangat pun, sebab menghormati pembaca lain dan tamau get into trouble sebab byk sgt mencarut ke, outspoken ke, lucah ke, derhaka pada negara ke. Aku cite pon hal kekanak, resepi, mende obsesi tahyul  aku.
Maybe different dan tak interesting mcm blog org lain, and aku cuba mengarang sekerap mungkin sebab believe it or not it helps to keep my state of mind in check.

Yeyyyyyyyy lega dah abissssssss
Ok byee

Wednesday, November 19, 2014

30 Soalan-Soalan Part 2

Part 1

11. Gamba lagi

huahua

12. Pet Peeves.
Tiga jeeeee?
TIGA JEEEEEE?
Owh please manusia berOCD mcm aku ada at least hundreds of pet peeves.
Soklan camni dia mintak tiga jeeeee

1. People who are late for everythingg
Aku tak suka. Annoyed as fuck. Sebab aku early. Aku punctual.
Tapi fitrah org mesia ni, appoinment ke deting ke lets say kul 12, kul 12 baru nak bertolak, assuming org lain pon lambat sama. Last2 segala start kul 1. Even meeting kat opis pun, kata je kul 2, kul 2 suku baru mula.
Aghhh aku mcm sgt rasa annoyed and buleh spoil mood.
2. Manusia yang suka chew with mouth open.
Ah sgt rude la aku rasa. Eh helloooo.. I can practically see the food being squashed by your molars. chompchompchomp.. lagi2 ada bunyi yg sgt kuat.. nampak segala isi dalam mulut ko mcm washing machine golong golong.
Come on la ni table manners la. Aku bukan nak kata aku makan supan sangat tapi  there's nothing as gross as this. Dah la kunyah mulut terbukak, bercakap pulak tu. Air liur ko terpercik la paling busuk pon 2 meter.
3. Manusia yang beratur masa nak order makanan, lepas sampai giliran depa baru nak pikir ape nak makan.
Aku kadang2 queue panjang sampai siap buleh main game selevel dua, sampai giliran org depan aku, masa tu la baru nak pikir apa yang sedap eh? Berapa harga ni? Baru nak fiddle with the menus. HOLY FUCK ko buat apa selama ni ko beratur ha? Tak buleh decide dah ke?
Aku ni belum masuk kedai lagi dah tahu dah dalam pala apa yg nak order, just in case tak available what's the back-up. Time is precious my friends.

13. The best thing that happened to you this week.
Semlm aku gi shopping penyapu dengan plunger dekat kedai Barangan Am Trump.
Perasaan mcm masuk Daiso, tapi tade aircon dan bukan semua barang dia RM5.

Berangan la nak beli tapi jadah kan nak bakar babih beratur kat umah flat.
Berangan adelah osem la tapi.

14. Things you want to say to Five different people
Nak cakap tapi tak tercakap atau cakap dalam hati je. Identity undisclosed la tapi kan.

Orang 1: Ko parking mana?
Orang 2: Malam kang nak makan ape?
Orang 3: Oh bulan..
Orang-orang ramai 4: Hohoho hahaha padan muka harini nak parking mana semorang
Orang 5: Org yg branak tahun 1995 pun dah legally adult tau tahun ni.

15. The good, the bad, the ugly
The good: aku ni pemurah orgnya
The bad: aku ni pemurah dgn carutan orgnya
The ugly: I could get arrested kalo bagitau

16. The month you were happiest this year. Why.
Bulan Mei.
Sebab 30 April aku resign dari tempat hampir neraka dunia tu.
Best fucking decision ever.
Kul 5.00 aku thumbprint logoff buat kali terakhir, aku practically running to my car.
So permulaan bulan Mei, aku tayah bangun pagi2 buta, drive pi situ, nak ngadap orang2 kat situ adelah perasaan kelegaan tak tidak tercapai akal.
Sadly, pertengahan bulan Mei, abah masuk hospital, so tak kekal lama la kegembiraan.
Apa pun, aku lega tinggalkan tempat tu, dgn jawatan pegawai dan tangga gaji tertinggi aku penah dapat.
No fucking regrets.

17. Do you collect anything?
Dulu masa kaya aku collect baju, mekap, perfume.
Skang aku collect barangan Daiso, barang kaler pink, stiker2 comel.


18. What's in Your Bag?

tudiaaa

20. Photos with your friends
Gamba lagi.



Ok la ada lagi 10 haihhh tamau buat la lenkali dah

Tuesday, November 18, 2014

30 Soalan-Soalan.


Ah ni adelah mende yang menghapuskan anonymity.
Banyak sangat sampai 30. Tengok la aku buat takat rajin sementara tunggu daging lembut nak masak.

1. A photo of Yourself Today

2. Your Current Relationship.
Happily married since February 2014 walopon sometimes aku terpikir nak gi marriage counselling.
Biasa la the first few years memang tough, lagi2 kalo menikah dgn makhlok asing keras kepala kaki memberontak macam aku ni.

3. What's your life like?
Skang ni dah normal kot, tatau la description of being normal tu camne.
Both parents still ada walopun dah uzur and aku duduk just 15 menet kot dari depa.
Basically, macam sama je dulu dan skang, cuma skang dah kurang kaya sikit dan aktiviti shopping mende tak berpekdah dah down to zero.
Dan skang aku hidup bersama dua ekor kekanak monyet kucing dan seorang dewasa.

4. Things that make you scared.
Losing my parents, obviously.
Ditimpa musibah yang perlu mengeluarkan duik yang banyak ke.
Kematian kucing ke.

5. Harapan masa depan.
Nak beli sofa so aku buleh tengok tv.
Dgn vacuum cleaner yang ada steam tu. Pergg orgasm.
Ok tak menjawap soklan.
Aku taleh nak jawap soklan ni sebab aku jenis yang take it a day at a time. Yang penting, apa jadi nanti bersedia lah.

6. Five weird things you like.
Aku suka tengok orang cosplay. Tak pernah tengok live. Tengok gamba je dah osem.
Aku suka hujan lebat, ribut topan, guruh kilat bedentum. Aku suka bau hujan.
Perasaan selepas berak yang berkualiti.
Suka potong kuku yang extreme dan mutilate cuticles.
Suka benda yang glittery glittery 

7. Your goal in 30 days.
Nak stockpile pasir jamban kekanak.
Nak beli makanan kekanak for next month punya supply.
Nak turun weight at least 1kg (yala tu)
Nak try masak kungpao chicken.


8. One thing you're excited for today!
Macam tade je.
Nak masak kot.
Tapi harini tade resepi baru. Masak daging kicap je.

9. Things that make you happy
Bila laki aku balik keje. Time spend masa bersama tak banyak. So bila agak2 time dia nak balik je, aku dah tunggu tercongok depan grill mcm anak dara tua dulu2 tunggu org masuk minang.
Masa aku balik keje, aku tgh nak bukak pintu dah dengar bunyi loceng kekanak sambut aku balik. Kadang2 dengar Leni piapia (dia mengiau bunyi pia aa pia piaa piaaa). Comelllll...
Pi Daisoooooooooo pi Kaisonnnn..
Pi bookstore!!!1111
Makanan sedaaapppp.
Dapat lagu baru yang boleh donlod dan masuk dlm pendrive dengar dalam kete.
Abah bagi duik blanjaaa.
Dapat gadjet baruuuu.
Laki aku belikan The Sims 4!!!11
Kekanakkkkk.
Baca joke yang besh kat internettt.

Eh banyak la ekceli.
Tade depresi sgt hidup aku rupanya.

10. Makanan kegemaran.
Ya Allah sukanya aku soalan ni.

1. Pizza. Skang pizza tersedap adelah Dominos Pizza. Aku dah secuba daya try segala pizza kat mesia ni, yang terbaik adelah Dominos.
2. Spegeti/Pasta. Aku buleh tak makan nasik makan mende ni je hari2; sarapan, lunch, dinner, snack.
3. Megi. Of kos.
4. Chocolates. Mcm Nutella, Kinder Bueno, Picnic, Cadburry Chocolate perasa Oreo..

5. Kek ke cupcake ke. Kalo slalu muak la. skali skala sedaaaappp. 5. Cendol. Yang terbaik setakat ni kat Paparich. Yang mamak tepi jalan pun tak sedap dah. 6. Samurai Beger McDonald's. Ye la aku tak boikot. Spekulet la sesuka hati. Sedapnyaa sos teriyaki diaaa.. 7. Ice-Cream, especially yang cookie dough flavour. Susah nak cari woo. 8. Telur. Goreng, rebus, telur masin, omelette, ehh sedappp.. 9. Fishball, ehh yang mende2 org buat yongtaufu tu. Kalo pi pasar malam aku beli yongtaufu kdg2 beli yang goreng. Kat Giant ada jual timbang punya sekilo 6 ringgit. Rebus je pastu cicah sos.. sedapppp.. 10. Pancake. Dulu aku rajin buat. Tapi leceh la. Kadang2 tingin pi mekdi je.
Ish terliur la baca dan membayangkan.

Ok la dah 10.
Esok lusa ke minggu depan sambung.






Saturday, November 08, 2014

Grocery Shopping

Dulu masa bujang, membeli2 barang rumah adalah salah satu chores yg aku kene buat.
My favourite spot biasa la tade la peberet sgt, cari yang convenient je.
Ada dua dekat2 umah aku; satu Giant, satu yang jauh sikit adelah Aeon Big atau nama lama dia kapor.
Weekend depa bukak awai kul 8 pagi.
Apekegile sape nak pi pagi2 kan (aku la tu gila).

Harini, aku kene hantar suami pi keje sebab semalam kitorg balik sama.
6.30 kuar, hantar dia, balik terus pi kapor.
Tapi time tu baru kul 7.45 camtu, kapor blom bukak pintu.
Aku round2 je la, nak brekpes malas.
Ingat nak tros shopping and go straight home je.
Dalam kul 7.55 tu aku dengan ada la 2 kete lagi dah tercongok depan entrance tunggu pintu bukak.
Masuk je kosong la kan buleh main drift.
Aku parking betul2 kat entrance naik bukit tu (nak senaman kunun).
Bahagia kannnn....
Kul 8 lebeh aku dah tekedek2 panjat bukit masuk kapor.
Dalam list aku cuma nak beli 4-5 bende je.
1. Beras
2. Minyak masak
3. Telur
4. Susu
5. Nescafe Gold


Aku dah biasa beli kopi dengan susu sebab nak buat kopi ala Starbucks mcm dalam entri ni.
Nescafe Gold 50gm RM10 je
Biasa aku beli belas2.
Ada softpack 170gm RM24.
Yg botol kecik ni pon buleh dpt dalam 700ml kopi, aku tamau la beli byk sgt kang masuk angin.

Biasa la nafsu kuda kan, aku ada jugak amek brg2 lain sikit2; hanger (sebab laki aku slalu bawak baju dengan hanger, baju bawak balik, hanger dia pi buat sedekah), soup ladle (dlm melayu apetah nama) dengan tin opener yang mahal punyaaa.
Sikit je barang tapi dah seratus lebeh. Menggigil tangan masa nak bayar.
Marmee pesan kalo pi beli barang dapur, kene slalu beli gula, minyak dengan detergent untuk simpan stok, jgn putus bekalan.
Aku pulak asal jgn putus bekalan megi dah la.

Aku siap2 shopping dalam kul 9, 9.30 dah sampai umah.
Skang keje umah semua tolak tepi aku kene siapkan keje opis dulu.
Bos aku nak harini.



Ok babai. Selamat berhari minggu.

Thursday, November 06, 2014

Postcrossing

Sape lagi yang penah main Postcrossing ni?
Aku rasa aku sorang je yg dok main mende ni.
Pada zaman yang snail mail dah hampir pupus ni, aku rasa ramai yang dah jarang sangat berkirim2 surat dgn poskad yg guna setem bagai semua tu.
Aku pulak still interested, sebab aku rasa email ke IM ke, chatting ke dah invade my privacy.
Postcrossing ni aku dah join since 2006.
User2 dia byk harmless la, sebab sekali je tuka2 postcard and it's up to you nak continue to correspond ke ape.



How does it work?

1. Register (for free), lepas tu kene update profile leklok, jgn pulak tibai letak bahse sms, letak alamat rumah semua sebab nanti nak bertukar2 poskad.
So kene dalam English lah sebab nanti kita akan send poskad kat overseas.
Besh kan.

2. Lepas tu, nak send poskad, kene generate alamat dalam website tu.
Dia akan bagi beberapa alamat dan nombor ID.

3. Lepas tu beli poskad dan setem.
Setem nak hantar international mail adelah 60sen je.

4. Tulis la apa2, tampal la sticker ke, buat la kreatif2 kalo rajin.
Lepas tu hantar la ikut pos.

Poskad ni dalam sebulan baru sampai kat destinasi tau.

Interesting sgt sebab masa poskad kita send tu travelling, pada masa yang sama ada orang akan send pada kita, randomly.
So kita akan dapat poskad dari negara mana2 la dalam dunia.
Sapa yang rajin kumpul setem ke poskad ke besh la kalo join.

Haa bila dah dapat pulak poskad, kita kene login dalam postcrossing ni untuk register received postcard guna ID number kat poskad depa kirim tu, so buleh register berapa byk kita send and received.
Kalo rajin buleh scan dan upload gamba.


Interesting kan?
Untuk nerd macam aku mmg la rasa besh.
Seronok rasa prasaan bila ada something dalam peti surat other than bil2 mintak duik dgn sampah sarap.
Tapi since 2006, aku cuma dapat dan sent 10 je.
Sikit kan?
Susah nak aktif sebab; 1. aku terbusy. 2. susah gile nak cari poskad.
Mana ada jual dah skang, unless kalo ko gi airport ke, gi KLCC ke, melancong ke.
Pos Malaysia pun mana ada jual mende2 ni.
Aku dah went hunting high and low cari poskad kat kedai2 buku, mmg tak adeee..
Nak buat sendiri buleh tapi kebanyakan address yg aku generated, tuan punya profile slalunya mintak postcard yg ada gamba2 tunjuk keindahan negara sendiri.
Mesti la eksaited nak promot mesia kan.

Anyway, sapa2 yang had enough dgn facebook ke and then nak ada projek kongsi dgn anak2 ke, this is recommended.

Skang aku nak go hunting for penpal project pulak.
Ada beberapa aku jumpa, tapi mostly mcm social site je. Adeke penpal chatting online? No thank you.
And then ada aku jumpa ni, sapa brani jadi penpal dengan inmate? Hui baca profile aku rasa menarik tapi seram lah nak bertuka2 surat dgn perogol bersiri ke perompak penyamun ke, not that I'm that judgmental kan.
Terpengaruh dgn movie byk sgt, imaginasi aku sgt tinggi.

Ok la bai.


Thursday, October 30, 2014

Movie


Aku dah malas nak review movie.
Aku just letak je la list yg aku dah tengok since last month.
Sebab aku dah nak delete from my download folder.
Kalau just in case nak tanya citer tu berbaloi tengok ke tak so you won't be wasting 2 hours of your life buleh la tanya.











Overall, semua aku puas hati dan tade skip2.
Even movie Katy Perry tu pun walopon aku bukan fans pon.
So ada lagi aku tgh donlod ni, tapi masa aku layan movie ni pon time aku tgh gosok baju yg belambak2.

Ok la adios.