Thursday, July 05, 2007

maraton wayang

Alone
aku gi tengok citer ni hanya sebab team yg buat citer 'Shutter' buat citer nih
aku tak expect citer ni akan jadik sebest 'Shutter' atau 'Dorm', tapi aku curious jugak sebab aku nak tengok ending dia camner

citer ni pasal sorang pompuan ni, Pim, kene balik kampung sebab mak dia saket teruk
Pim ni mcm ade sebab dia lari dari umah, sebab ada troubled past la kan
pastu bila dia ngan laki dia sampai kampung, mak dia mcm sgt sgt nazak sampai tak buleh cakap
rupanya Pim ni penah ade kembar siam, nama Ploy.
so mula-mula mcm bagi audience percaya la Ploy mati lepas dipisahkan dengan Pim
bila Pim balik kampung, dia mcm kene gangguan la, seolah-olah kembar dia yg mati tu kacau dia balik
sebab Pim citer, dia ngan kembar dia berjanji taknak berpisah sampai bile-bile, tapi bila Pim yang insist dorg berpisah, Ploy mcm rasa dia kene betray la
so audience percaya yg kununnya yg jahat dan jadik hantu tu ialah Ploy
tapi ade la twist sikit la in the end, agak unexpected la jugak, dan dibuat stail citer 'Shutter'.

Besh ke tak?
aku rasa biasa je
ade jugak part2 bunyik sound effects meletops buat aku saket jantung tu
lelain biasa je
hantu dia tader la menakutkan sangat pun
cuma plot dia je la menarek cuma underdevelop je
mmg tak buleh lawan 'Shutter' ngan 'Dorm' aa

3 bintang

-------------------------------------------------------------


Fantastic Four: Rise Of The Silver Surfer



2 tahun lepas aku tengok citer ni sampai 2 kali disebabkan ade pakwe ku Ioan Gruffudd (Lancelot yg hensem dalam 'King Arthur')
so aku tengok kali ni pasal dia gak
oh aku kuciwa sebab dia sgt kureng hensem
nampak tue giler la plaakk
yg hensem si Chris Evans tu la plak sebab tader la sebighah mcm movie no 1 tu

oh bagi aku citer ni besh
apsal org kate ridiculous pun aku tatau (remember aku dah tak bias sebab Reeds Richards dah tak hensem dah)
org kata Jessica Alba mcm fake giler aa dgn rambut kaler2 dgn mekap dia
bagi aku tak jugak sebab dia ikut exactly Susan Storm mcm dalam komik dan katun, blonde and blue-eyed
lawak dia ok la selit-selitan
action dia menarek giler tak la macam movie no 1, action dia F4 lawan Doctor Doom tu macam sikiiit giler
alih2 abis pastu Doctor Doom mati. WTF?
tapi kali ni behs jugak aa
watak paling cool semestinya The Silver Surfer, all 90% CGI dgn sore macho Laurence Fishburne
masa2 last tu igt Surfer tu mati tapi taaakkk wheeee

action dia besh
effects dia mmg besh aa ILM yang buat wwooo
aku rasa kali ni mmg watak-watak byk faithful dengan komik dan katun
mcm Reeds tu digambakan sebagai nerd gilerr hahah, oh rasa mcm nak sepak je
development watak 4-4 org tu menjadik cuma kali ni fokus dekat Reeds & Susan dgn wedding depa tak jadi2 (sedeh tgk masa dorg nak kawen masa mula2 tu, pastu tempat kawen dorg musnah, Susan mcm terduduk dan nangis)
pastu Johnny yg dah jadik ala-ala matang
cuma Ben jer mcm dia dah tader apa sebab konflik dan masalah dia jadik 'freak' dah setel lepas dia jumpa awek dia si Alicia tu, dia dah tader pape la
pastu chemistry antara Surfer tu ngan Susan, owh mcm besh la

oh besh plak lagi2 nanti ade sequel ke-2
di celah-celahan excitement Transformers ngan Harry Potter, i'm glad dapat tgk sequel yg agak besh mcm ni

4 bintang, without prejudice.

No comments: