Thursday, May 03, 2007

sekodengan terakhir

walaupun aku tak baper keen on people-watching tapi skali skala radar aku bertindak-balas jugak bile ada org yg menarik perhatian aku berdekatan.

okay, untuk menghilangkan trauma selepas tengok Heroes tadik, aku nak citer sket, acara sambilan; mari meletak gamba hasil sekodengan cik kuden.
sori la kualiti gamba tak memuaskan, maklum la pakai tepon yg kurang canggih.


jejaka no 1

ni masa aku naik bas, ondewey nak pegi.
memula aku tak pasan, tapi fruitheart aku tak bule pasang, so nak hilang boring, mata aku melilau la, well watuduu
hasil sekodengan; muke melayu, hidung mancung bengkok sket kat tgh, buleh laa kot
budak lagi neh, bawah 23 tahun
muka mcm spesis lampi sket, mcm tak baper tinggi, saiz kecik la mcm mamat skema ade jugak
pakaian dia pun sempoi sgt, tapi jeans dia baruuu.. mcm buleh bau kedai lagik.. yenna dey

jejaka no 2

hahah yg ni aku agak wahhh la jugak (yg seblah kanan tu, bukan yg suar putih tonggeng muntut tuu)
satu sebab dia ade goatee, dua sebab dia ade sideburn hahah
ciri-ciri bagi bijik mata aku mengatakan ade aura hensem
masa ni ondewey balik, kat stesen monorail Imbi
tren stuck kat situ mcm agak lama jugak la, mamat ni sampai lambat
dia sampai pastu dia lepak kat tepi railing tu dengan gaya separa macho
aku plak tgh dok duduk, terteleng2 pala aku nak cuba amek gamba dia, teramek gamba muntut tonggeng plak eiii
tapi aku tak naik tren yg datang sebab ramai sgt, mamat ni plak naik.. alaaa dia naik plak.. aku berkata dalam hati
dressing dia aku sker
dari dulu aku sker laki pakai tshirt dalam, pastu kemeja kat luar ngan jeans
sempoi jer
tapi ble pk balik skang aku dah tak mcm igt muka dia pun, gamba pun tak clear.. ceyy

jejaka no 3

haaa yang ni
drebar bas rapidkl ahahahah
masa ondewey nak balik
aku turun kat stesen monorail terminal Titiwangsa, sampai kat busstand bawah tu bas aku terus sampai
bende pertama yg aku nampak ialah drebar bas tu
aku mcm huiyoo!
alaa aku tak beli plak tiket kat dia, sebab aku pakai pas harian
memula aku dok blakang, pastu aku dengan sengihan gedix, aku menonong dok depaaan skali seblah pintu dekat ngan drebar tu, berlanggar-langgar jugak dgn passanger len yg baru masuk, dengan susah payah dapat gak dok depaannn
bagi aku hensem apsal tau, sebab dia pakai spek hahah
muka dia bersih, tader misai, tader goatee, agak cerah la kulit, mmg bukan taste aku langsung la klu ikutkan
mcm muda aa, aku rasa bawah 30 kot
rambut pendek semat, ala-ala ada remos kat depan
mcm sweet la kalau la dia senyum, tapi hampeh muka dia masammm jer, sore pun grumpy jer
tensi kot keje jadik drebar
eyy gaji lagi banyak dari aku oii
bapak susah nak amek gamba dia neh.. giler babih aku kaver line..
saper penah naik bas rapidkl tau la kot, seat depan-depan tu mcm tinggi sket, klu kentot satu bas mesti dengar sebab aura expose mencapub tu lebeh sket.
sepanjang perjalanan aku cuba nak amek gamba, tapi minah kap lam ya nga seblah aku neh sebok plak dok usha aku dok pegang2 henpon aku.. eii aku sepak kang
bile bas berenti kat trefik light ke, busstop ke, dia mcm letak tgn dia kat stereng owh mcm sgt macho dengan muke garang dia tu hahah
sepanjang perjalanan aku dok kontrol sengih gedix aku rasanya passanger lain tak pasan kot aku dok teleng kat depaannn jer
masa bas dah sampai kat stesen, aku turun pastu tunggu drebar neh turun nak tgk dia camner
agak tinggi gak, tak nampak boroi sebab dia pakai jaket, mcm tinggi dari aku sket kot
ada chan jumpe lagi neh.. mau aku rajin naik rapidkl lepas neh.. gudbabai ler bas metro
no plet bas tu - hellehh.. macam la mamat ni nak bawak bas yg sama - WNP 7720 (baru pazi tau apsal aku sms dia kuar no plet nih hahah.. aku save dlm henpon ler tak kasik lupe)

itu jer lah skian.

No comments: